Monday, February 10, 2014

Salam Langkawi Day II

Assalamualaikum,

28 Januari 2014, hari ke-2 kami di Pulau Langkawi, Kedah. Alhamdullilah, sihat dan boleh le meragas merata-rata di sekitar pulau ni hehehhe... Untuk hari kedua ni, kami plan nak pergi ke Telaga Habour Park, Langkawi Cable car, Oriental Village, Telaga Tujuh dan Pantai Cenang! Memang banyak tempat yang kami nak tuju tapi semua tempat ni adalah berdekatan dengan satu sama lain. So, pepagi lagi cik isteri dah bersemangat nak naik kereta cable dan mandi di Telaga Tujuh. Tapi encik suami lagi teruk! bukan setakat Telaga Tujuh, tapi laut Pantai Cenang pon nak tibai mandi. Tu angan-angan dia le...biar kan je coz nak tengok larat ke idak. Hahaha!

Seawal jam 8.30 pagi, kami dah bersiap untuk terus menjalankan misi pertama kami iaitu ke Telaga Habour Park yang sememangnya menjadi kegemaran encik suami sebab dia ni jenis teruja sikit bila tengok apa jenis pengangkutan sekali pon samada basikal, motosikal, kereta, bot nelayan, kapal mewah, kapal laut, kapal terbang, helikopter... letih nak senaraikan semuanya. Apa punya jenis minat daaa... tapi tak kisah la, dah otak dia macam tu. hihi... Memandangkan non-peak, kami dengan mudahnya sampai ke Telaga Habour Park dan start le amik gambar. Biasa la kan...gila bergambar...layan...

Telaga Habour Park. Encik suami pakai jeket konon-konon sejuk! Citt! 

Saturday, February 8, 2014

Salam Langkawi Day I

Assalamualaikum,

Pulau Langkawi, Kedah trip 27-30 Januari 2014

Pulau Langkawi, Kedah! Hehehe... 27 - 30 Januari 2014, kami ke Langkawi. Last kami sama-sama ke sana pada zaman student lagi, maybe dalam tahun 2008. Tu pun trip ke Langkawi yang konon-kononnya untuk melawat sejarah dan muzium arkeologi. Trip tu memang enjoy sebab ada kawan-kelas serta pensyarah yang sporting masa tu. Really amazing memories and great friendship! Ye la... kalau tanya semua orang pon, zaman student la paling best. Kalau boleh semua nk balik semula ke zaman student.

So, selepas 5 tahun, kami sama-sama ke Pulau Langkawi sekali lagi tapi kali ni dah husband and wife. Hahahaha...Seriously, kami sama-sama teringat kat trip zaman belajar dulu. So kami pon set lah itinerary kami sepanjang di Pulau Langkawi tersebut. Tempat-tempat yang kami lawati sepanjang di Langkawi tak la banyak sangat. Ada yang dah pernah pegi, cuma rasa nak share jugak la kat sini. Tempat dan koordinat GPS tempat kami lawati:
  1. Eagle Square (Longitude : 99.85283 Latitude : 6.30767)
  2. Taman Lagenda Langkawi (Longitude : 99.853889 Latitude : 6.312778)
  3. Telaga Harbour Park (Longitude : 99.698477 Latitude : 6.295388)
  4. Langkawi Cable Car (Longitude : 99.67155 Latitude : 6.37021) (Sama Tempat)
  5. Oriental Village (Longitude : 99.67155 Latitude : 6.37021) (Sama Tempat)
  6. Duck Tour (Longitude : 99.67155 Latitude : 6.37021)(Sama Tempat)
  7. Telaga Tujuh (Longitude : 99.67402 Latitude : 6.37788)
  8. Pantai Cenang (Longitude : 99.724579 Latitude : 6.302066)
  9. Langkawi WildLife Park (Longitude : 99.84805 Latitude : 6.32382) 
  10. Pekan Kuah (Longitude : 99.724579 Latitude : 6.302066)
  11. Makam Mahsuri (Longitude : 99.73608 Latitude : 6.3458)
  12. Underwater World Langkawi (Longitude : 99.72891 Latitude : 6.28785)
  13. Taman Agrotek Mardi (Longitude : 99.80796 Latitude : 6.35386)
  14. Kompleks HIG

Thursday, February 6, 2014

OCBC Cyling 2014

Event: OCBC Cyling 2014
Tempat: Kuala Lumpur
Masa: 6.30 am - 12.00 pm
Tarikh: 17 - 19 Januari 2014

Kayuh basikal sekitar Kuala Lumpur anjuran OCBC Bank yang di adakan setiap tahun. Tahun 2014 ni dah masuk kali yang ke-3 dan melibatkan jumlah peserta seramai lebih 6000 orang. Tapi ikut kategori lah jugak, ada Kids Ride, ada Community Ride (24KM), The Challenge (48KM) dan lain-lain. Trek kayuhan berkonsepkan looping iaitu setiap satu looping bersamaan 12KM. Contohnya kalau ride the challenge, kene pusing trek tu sebanyak 4 kali lah. 

Peta laluan OCBC Cycle 2014. Mula & tamat di Dataran Merdeka.

Ini kali pertama selepas kawin, kami join sama-sama masuk event kayuhan mcm ni. Mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang jugak la...hehehe... Goodies plak biasa je, dapat bag sandang OCBC Cyle 2014 dan dalam tu ada la jersey / t-shirt (yang mcm kami pakai, ikot kategori), payung OCBC Bank, voucher untuk discount beli part basikal, bib number dan sticker nombor helmet. Yuran penyertaan untuk The Challenge RM107.00 dan RM57.50 bagi The Community Ride. Bagi Community Ride, jarak yang perlu dilalui adalah 24KM, dapat T-Shirt & Finishing Medal. The Challenge pula dapat Jersey & Finishing Medal dan perlu membuat 4 kali pusingan bersamaan dengan 48KM.